Monday, February 1, 2010

(Ana) pelik???

Ana pernah mendengar tentang satu hadis dlm satu majlis ta'alim.
Yang bunyinya lebih kurang,
"Hidup ini hanyalah sementara. Ianya ibarat melalui sebuah jambatan."

Maksudnya (yang telah dihuraikan oleh perawi hadis tersebut),
Hidup di dunia ini adalah sgt2 singkat. SEMENTARA. Sekejap sahaja. Ibarat seorang musafir yg bermusafir. Dimana dunia ini adalah tempat persinggahan utk mendapatkan bekalan. Bekalan utk? Ya! Bekalan bagi menuju ke destinasi UTAMA kita iaitu AKHIRAT. Disitulah nanti kita akan berhenti. Jadi bekalan apa yg perlu kita bawa kesana? Harta? Kekayaan? Rumah? Kereta?
Kata org2 bijak pandai agama, ada 2 benda yg kita akan bawa, ILMU yang bermanfaat dan amal IBADAT.

Tapi, apa yg kita lihat sekarang, manusia berlumba2 mengumpul kekayaan berupa harta benda, kesenangan di dunia yg disedari, diketahui bahawa itu semua hanyalah sementara. Kenapa?

Sedangkan kita tahu bahawa hidup di dunia ini ibarat melalui sebuah jambatan sahaja. Kenapa perlu berebut2 membina rumah besar diatas sebuah jambatan?

Ana tahu, ramai org yg akan mempersoalkan ana.
"Habis tu xkan la nak hidup dgn beribadat saja? Nak makan apa kalau xkerja?"
"Bukankah Islam menggalakkan umatnya bekerja seperti hidup ini tiada lagi penamatnya?"

Betul! Sahih benar kata2 itu. Tapi xperlulah melampau2.
Cukuplah dgn bersederhana.
Sudah lupakah saudar-saudari sekalian bahawa setiap apa yg dimiliki di dunia ini kelak akan dihisab?
Walau sekecil2 zarah.
Tidak mengapa saudara berkereta besar, berumah besar, hidup mewah. Tiada salahnya.
Tetapi apa mahu dijawab kelak apabila disoal adakah semua harta itu digunakan utk keperluan agama?
Pernahkah rumah besar saudara digunakan utk diadakan majlis2 agama? Ataupun menyambut jemaah2 masturat?
Pernahkan kereta besar saudara dibawa keluar ke jalan Allah? Berapa kali saudara bawa kereta tersebut pergi ke masjid? Sedangkan xterkira lagi bilangannya klu nak dibandingkan dgn kekerapan saudara membawanya ke pusat2 membeli belah.
Wang yg berjuta2? Adakah diperolehi dgn jalan yg SAH? yang HALAL.
Setiap benda akan diperincikan saudara-saudari sekalian.

Saudara-saudari sekalian,
Allah SWT itu maha kaya zatNYA. Allah tidak berharap apa2 dari makhlukNYA. Allah juga tidak memerlukan sebarang bantuan apa pun dari siapa2. Sumbangan saudara-saudari kepada agama bukanlah utk kesejahteraan siapa2. Tetapi utk saudara-saudari sendiri. Itulah bekalan anda di akhirat kelak.Utk kesejahteraan anda. Allah tidak memandang sebanyak mana harta yang saudara-saudari dermakan. Walaupun dengan duit sepuluh sen. Yang penting keikhlasan dan kesungguhan utk membantu. Bahkan duit dan wang ringgit saudara-saudari tidaklah mampu utk membantu barangsiapa yg memerlukan itu tanpa izin Allah. Sesungguhnya Allah mampu utk membantu mereka tanpa wang dan duit anda. Allah SWT yg maha kaya zatNYA mampu melakukan apa2 dlm sekelip mata. Cuma ia memberi kesempatan kepada kita utk membuktikan kehambaan kita kepadaNYA. Bukan ana menghalang saudara-saudari mengumpul harta. Tiada salahnya asalkan digunakan pada jalan yg betul. Lagi pula, mengumpul harta ini ibarat meneguk air laut. Tidak akan hilang dahaganya. Tidak akan pernah merasa cukup dan puas. Sedar2, masa hidup saudara-saudari dah sampai ke penghujungnya. Masa itu dah xsmpat lagi nak kumpul bekalan bagi hari akhirat. KASIHAN sekali.

Lagipun, semua harta, kekayaan di dunia ini BUKANlah milik kita. Semuanya hak Allah SWT. Janganlah kita merasa riak kerana asbab kesungguhan kita bekerja siang dan malam, maka kita mendapat kesenangan dan rezeki yg melimpah ruah. Kerana tanpa ihsan dr Allah, kita tidak mungkin sesenang seperti sekarang. Jazakallah...

Tuesday, December 29, 2009

(ana) rasa macam susah sgt nk jadi baik

Ana xtau la nape ana rase susah sgt nk jadi baik.
Masih lagi xdpt halang diri dari terlibat dgn percakapan sia-sia.
Percakapan sia-sia ni lah yg akhirnya akan menjurus kepada fitnah, ngumpat, gosip panas, dan mcm2 lagi.
Ana gak masih xdpt nak maintain solat berjemaah.
Pendek kata, ana rasa sgt2 la susah nk jadi manusia yg baik ni.
Hanya ada satu cara ja yg ana rasa dpt bantu ana.
Dekatkan diri dengan Allah sebanyak mungkin.
Masjid! Ya, lepak dekat rumah Allah drpd lepak di kedai kopi atau shopping complex.
Tapi bila ana buat camtu, org kata ana ni poyo la, apa la, nak tunjuk baik la. Padahal jahat gak.
Ya! Ana akui, ana mmg jahat, nakal, setan dan sebagainya.
Kata la apa nak kata.
Ana dah penat nak layan.
Ana dah xnpk jalan lain dah utk jadi baik.
Penat dah p kem motivasi, bina diri, kursus ini, kursus itu.
Last2, ana rasa dgn dekatkan diri kpd Allah gak yg byk merubah ana.
Tapi masyarakat sudah mula memandang serong dgn perubahan ana.
Ana peduli apa, ana nak jadi baik dan TERBAIK!

(ana) makin sejuk

Sejuk dan terus sejuk...
Ya Allah...bantulah hambaMU ini...
Kecundang dan terus kecundang dengan nafsu.

Wednesday, December 23, 2009

(ana) menulis untuk diri sendiri & berkongsi



Kepentingan Menjaga Solat???

Ana selalu dgr ada sahabat2 yg kurang arif berbicara yg bunyinya lebih kurang spt ini,

"Weyh, si budak ***** tu solat lima waktu xtinggal, tungging tebalik. Tapi buat maksiat juga. Dok ngumpat org, fitnah sana sini juga. Sia2 ja la. Baik xpayah solat."

"Baik lagi aku ni. xsolat, tp aku xbuat maksiat. Aku tolong org susah. Aku xngumpat pasal org. Tanggungjwb aku, aku tunaikan. Aku jaga hubungan aku sesama manusia."


Betul, anta mungkin seorang yg baik. Anta mungkin bertanggungjwb. Anta mungkin selalu tolong org, bg derma, xpernah buat maksiat, xpernah sakitkan hati org, fitnah org, ngumpat dan sebagainya.
Anta mungkin baik di mata manusia. Tapi dimata Allah macam mana?
Apa tujuan solat? Untuk membuktikan kepada Allah yg kita ni hamba yg baik. Yang mana lebih penting? Tunjuk baik dekat manusia atau dekat Allah?


(ana) terus kehairanan

Ana pelik la.
Bila ana ckp pasal 'maki-maki', 'kutuk-kutuk', 'caci-caci' seperti,
"F**k la MAMAT ni sbb..."
"Pergi mati la kau!"
"Kau ingat kau bagus?"
"Kau pergi jahanam!"

xde lak orang nk kata pa.
Orang lain buat xtau jer.
Malah ada yg bg support,
"Sabar la bro."
"Cool bro. Sabar2."

Tapi bila ana ckp psl iman, amal, benda2 yg baik seperti,
"Jom la kita sama2 solat."
"Alhamdulillah."
"Syukur..."
"Sabar..."
"Hayyaalassolah..."

Orang kata ana poyo la, nak tunjuk baik la, nyampah la.
Masyaallah...
Menyampah dengan kalimah Allah?
Menyampah dengar perkara2 yg baik, elok?
Adakah mereka lagi suka dengar ckp2 karut, caci maki, dari dengar benda2 yg berfaedah, nasihat?
NO COMMENT.
Ana sendiri pun bukan baik mana.
Kalau ana masih di jalan lama, mcm dulu2, mungkin ana xperasan suma ni.
xpa la,

Ana pikirlah sendiri!!!

(ana) sedang belajar erti SABAR
















Saturday, December 19, 2009

(ana) kadang-kadang pelik



Ana kadang2 rse pelik gak dgn mentaliti umat skang ni.
Bkn pe, sbb ana sendiri pun penah mengalami situasi aneh ni.
Bukan nk ckp org je, ana sendiri gak punya mentaliti yg same.
Ok, korang kenal Ustaz Akhil Hayy?
Alaa...yg dulu2 dia artis rock, pastu insaf & memilih utk berdakwah, ke arah kebaikan. Kenal?
Feymes kot die skang, especially slps isu die kawen dgn Waheeda & ceraikan bini die.
Ape pandangan korang ttg seorang ahli ugame yg pada diri die sendiri berlaku hal2 yg xspttnya berlaku?
Korang rse die salah ke?
Korang rse patut ke die buat camtu?
Adalah credibility die sbg pendakwah akan tercalar?
Adakah die msh layak utk berdakwah?