Monday, February 1, 2010

(Ana) pelik???

Ana pernah mendengar tentang satu hadis dlm satu majlis ta'alim.
Yang bunyinya lebih kurang,
"Hidup ini hanyalah sementara. Ianya ibarat melalui sebuah jambatan."

Maksudnya (yang telah dihuraikan oleh perawi hadis tersebut),
Hidup di dunia ini adalah sgt2 singkat. SEMENTARA. Sekejap sahaja. Ibarat seorang musafir yg bermusafir. Dimana dunia ini adalah tempat persinggahan utk mendapatkan bekalan. Bekalan utk? Ya! Bekalan bagi menuju ke destinasi UTAMA kita iaitu AKHIRAT. Disitulah nanti kita akan berhenti. Jadi bekalan apa yg perlu kita bawa kesana? Harta? Kekayaan? Rumah? Kereta?
Kata org2 bijak pandai agama, ada 2 benda yg kita akan bawa, ILMU yang bermanfaat dan amal IBADAT.

Tapi, apa yg kita lihat sekarang, manusia berlumba2 mengumpul kekayaan berupa harta benda, kesenangan di dunia yg disedari, diketahui bahawa itu semua hanyalah sementara. Kenapa?

Sedangkan kita tahu bahawa hidup di dunia ini ibarat melalui sebuah jambatan sahaja. Kenapa perlu berebut2 membina rumah besar diatas sebuah jambatan?

Ana tahu, ramai org yg akan mempersoalkan ana.
"Habis tu xkan la nak hidup dgn beribadat saja? Nak makan apa kalau xkerja?"
"Bukankah Islam menggalakkan umatnya bekerja seperti hidup ini tiada lagi penamatnya?"

Betul! Sahih benar kata2 itu. Tapi xperlulah melampau2.
Cukuplah dgn bersederhana.
Sudah lupakah saudar-saudari sekalian bahawa setiap apa yg dimiliki di dunia ini kelak akan dihisab?
Walau sekecil2 zarah.
Tidak mengapa saudara berkereta besar, berumah besar, hidup mewah. Tiada salahnya.
Tetapi apa mahu dijawab kelak apabila disoal adakah semua harta itu digunakan utk keperluan agama?
Pernahkah rumah besar saudara digunakan utk diadakan majlis2 agama? Ataupun menyambut jemaah2 masturat?
Pernahkan kereta besar saudara dibawa keluar ke jalan Allah? Berapa kali saudara bawa kereta tersebut pergi ke masjid? Sedangkan xterkira lagi bilangannya klu nak dibandingkan dgn kekerapan saudara membawanya ke pusat2 membeli belah.
Wang yg berjuta2? Adakah diperolehi dgn jalan yg SAH? yang HALAL.
Setiap benda akan diperincikan saudara-saudari sekalian.

Saudara-saudari sekalian,
Allah SWT itu maha kaya zatNYA. Allah tidak berharap apa2 dari makhlukNYA. Allah juga tidak memerlukan sebarang bantuan apa pun dari siapa2. Sumbangan saudara-saudari kepada agama bukanlah utk kesejahteraan siapa2. Tetapi utk saudara-saudari sendiri. Itulah bekalan anda di akhirat kelak.Utk kesejahteraan anda. Allah tidak memandang sebanyak mana harta yang saudara-saudari dermakan. Walaupun dengan duit sepuluh sen. Yang penting keikhlasan dan kesungguhan utk membantu. Bahkan duit dan wang ringgit saudara-saudari tidaklah mampu utk membantu barangsiapa yg memerlukan itu tanpa izin Allah. Sesungguhnya Allah mampu utk membantu mereka tanpa wang dan duit anda. Allah SWT yg maha kaya zatNYA mampu melakukan apa2 dlm sekelip mata. Cuma ia memberi kesempatan kepada kita utk membuktikan kehambaan kita kepadaNYA. Bukan ana menghalang saudara-saudari mengumpul harta. Tiada salahnya asalkan digunakan pada jalan yg betul. Lagi pula, mengumpul harta ini ibarat meneguk air laut. Tidak akan hilang dahaganya. Tidak akan pernah merasa cukup dan puas. Sedar2, masa hidup saudara-saudari dah sampai ke penghujungnya. Masa itu dah xsmpat lagi nak kumpul bekalan bagi hari akhirat. KASIHAN sekali.

Lagipun, semua harta, kekayaan di dunia ini BUKANlah milik kita. Semuanya hak Allah SWT. Janganlah kita merasa riak kerana asbab kesungguhan kita bekerja siang dan malam, maka kita mendapat kesenangan dan rezeki yg melimpah ruah. Kerana tanpa ihsan dr Allah, kita tidak mungkin sesenang seperti sekarang. Jazakallah...

No comments:

Post a Comment