Tuesday, December 29, 2009

(ana) rasa macam susah sgt nk jadi baik

Ana xtau la nape ana rase susah sgt nk jadi baik.
Masih lagi xdpt halang diri dari terlibat dgn percakapan sia-sia.
Percakapan sia-sia ni lah yg akhirnya akan menjurus kepada fitnah, ngumpat, gosip panas, dan mcm2 lagi.
Ana gak masih xdpt nak maintain solat berjemaah.
Pendek kata, ana rasa sgt2 la susah nk jadi manusia yg baik ni.
Hanya ada satu cara ja yg ana rasa dpt bantu ana.
Dekatkan diri dengan Allah sebanyak mungkin.
Masjid! Ya, lepak dekat rumah Allah drpd lepak di kedai kopi atau shopping complex.
Tapi bila ana buat camtu, org kata ana ni poyo la, apa la, nak tunjuk baik la. Padahal jahat gak.
Ya! Ana akui, ana mmg jahat, nakal, setan dan sebagainya.
Kata la apa nak kata.
Ana dah penat nak layan.
Ana dah xnpk jalan lain dah utk jadi baik.
Penat dah p kem motivasi, bina diri, kursus ini, kursus itu.
Last2, ana rasa dgn dekatkan diri kpd Allah gak yg byk merubah ana.
Tapi masyarakat sudah mula memandang serong dgn perubahan ana.
Ana peduli apa, ana nak jadi baik dan TERBAIK!

(ana) makin sejuk

Sejuk dan terus sejuk...
Ya Allah...bantulah hambaMU ini...
Kecundang dan terus kecundang dengan nafsu.

Wednesday, December 23, 2009

(ana) menulis untuk diri sendiri & berkongsi



Kepentingan Menjaga Solat???

Ana selalu dgr ada sahabat2 yg kurang arif berbicara yg bunyinya lebih kurang spt ini,

"Weyh, si budak ***** tu solat lima waktu xtinggal, tungging tebalik. Tapi buat maksiat juga. Dok ngumpat org, fitnah sana sini juga. Sia2 ja la. Baik xpayah solat."

"Baik lagi aku ni. xsolat, tp aku xbuat maksiat. Aku tolong org susah. Aku xngumpat pasal org. Tanggungjwb aku, aku tunaikan. Aku jaga hubungan aku sesama manusia."


Betul, anta mungkin seorang yg baik. Anta mungkin bertanggungjwb. Anta mungkin selalu tolong org, bg derma, xpernah buat maksiat, xpernah sakitkan hati org, fitnah org, ngumpat dan sebagainya.
Anta mungkin baik di mata manusia. Tapi dimata Allah macam mana?
Apa tujuan solat? Untuk membuktikan kepada Allah yg kita ni hamba yg baik. Yang mana lebih penting? Tunjuk baik dekat manusia atau dekat Allah?


(ana) terus kehairanan

Ana pelik la.
Bila ana ckp pasal 'maki-maki', 'kutuk-kutuk', 'caci-caci' seperti,
"F**k la MAMAT ni sbb..."
"Pergi mati la kau!"
"Kau ingat kau bagus?"
"Kau pergi jahanam!"

xde lak orang nk kata pa.
Orang lain buat xtau jer.
Malah ada yg bg support,
"Sabar la bro."
"Cool bro. Sabar2."

Tapi bila ana ckp psl iman, amal, benda2 yg baik seperti,
"Jom la kita sama2 solat."
"Alhamdulillah."
"Syukur..."
"Sabar..."
"Hayyaalassolah..."

Orang kata ana poyo la, nak tunjuk baik la, nyampah la.
Masyaallah...
Menyampah dengan kalimah Allah?
Menyampah dengar perkara2 yg baik, elok?
Adakah mereka lagi suka dengar ckp2 karut, caci maki, dari dengar benda2 yg berfaedah, nasihat?
NO COMMENT.
Ana sendiri pun bukan baik mana.
Kalau ana masih di jalan lama, mcm dulu2, mungkin ana xperasan suma ni.
xpa la,

Ana pikirlah sendiri!!!

(ana) sedang belajar erti SABAR
















Saturday, December 19, 2009

(ana) kadang-kadang pelik



Ana kadang2 rse pelik gak dgn mentaliti umat skang ni.
Bkn pe, sbb ana sendiri pun penah mengalami situasi aneh ni.
Bukan nk ckp org je, ana sendiri gak punya mentaliti yg same.
Ok, korang kenal Ustaz Akhil Hayy?
Alaa...yg dulu2 dia artis rock, pastu insaf & memilih utk berdakwah, ke arah kebaikan. Kenal?
Feymes kot die skang, especially slps isu die kawen dgn Waheeda & ceraikan bini die.
Ape pandangan korang ttg seorang ahli ugame yg pada diri die sendiri berlaku hal2 yg xspttnya berlaku?
Korang rse die salah ke?
Korang rse patut ke die buat camtu?
Adalah credibility die sbg pendakwah akan tercalar?
Adakah die msh layak utk berdakwah?

(ana) bukan malaikat

Ana juga manusia biasa.
Jadi jangan anggap ana manusia yg xkan pernah buat salah.
Ana bukan dilahirkan sebagai ustaz.
Ana pernah jadi nakal.
Berpuluh tahun ana bergelumang dengan noda, jadi, kalau ada khilaf tegur2lah...
Pada pendapat ana lah, menegur lebih baik dari membenci dan mengata di belakang. Kan?
Tapi tegur tu biarlah berhemah, jangan sampai mengaibkan orang lain. =)


Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi


عن ابن عمر رضي الله عنهما قال: (( أخذ رسول الله e بمنكبي، فقال آن في الدنيا آأنك

غریب أو عابر سبيل)) وآان ابن عمر رضي الله عنهما یقول: (( إذا أمسيت فلا تنتظر

الصباح، وإذا أصبحت فلا تنتظر المساء، وخذ من صحتك لمرضك، ومن حياتك لموتك ))

رواه البخاري.


Hadis diriwayatkan oleh al-lmam al-Bukhari.
Daripada lbnu 'Umar r.a.
رضي الله عنهما beliau berkata:
Rasulullah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda: Hiduplah engkau di dunia seolah-olah
engkau seorang perantau atau musafir lalu.
lbnu 'Umar r.a. pernah berkata:
Apabila engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan
apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu petang.
Ambillah peluang dari kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu.


Pengajaran hadis:

(1) Kehidupan di dunia adalah kehidupan sementara, akhirat jua yang kekal abadi. Kerana itu, manusia
diminta agar mengambil berat soal akhirat dan mengambil dunia seumpama seorang musafir lalu atau
seorang dagang, yang hanya membawa barang keperluan di perjalanan, bukan membawa semua
barang-barang.

(2) Seorang mukmin tidak harus memanjangkan angan-angannya, kerana dia terdedah kepada
panggilan maut pada bila-bila masa. Dia semesti sentiasa berwaspada menghadapi maut. Apabila pagi
tiba, seolah-olah dia tidak akan hidup hingga ke petang dan apabila tiba waktu petang, dia merasa
seolah-olah dia tidak sempat menghirup udara pagi esoknya.

(3) Larangan memanjangkan angan-angan dan gesaan agar hidup secara sederhana tidak bermakna
lslam menghalang kemajuan dan kekayaan. lslam membenarkan penganutnya menjadi hartawan dan
negara lslam menjadi sebuah negara maju tetapi dengan syarat menjadi seorang mukmin dan negara
lslam yang bertaqwa. Kem
ajuan dan kekayaan adalah untuk Allah.

(ana) selalu lupa diri

Ana selalu lupa.
Banyak benda ana lupa.
Paling penting adalah, ana selalu lupa solat.
Memula tu memang asyik lupa, tapi lama2 ana jadi malas.
Kadang2 kalau betul2 rajin ja ana sembahyang, tu pun liat sgt.
Tapi, Alhamdulillah, Allah SWT itu maha penyayang lagi maha pemurah...
Buat kesekian kalinya ana dipilih lagi utk diberikan hidayah dan petunjuknya.
Ana pun xsedar bila, ntah tiba2 ana tersedar.
Betapa telah lama ana hidup dalam kekufuran.

Sedang seronok ana melebarkan bahtera hidup di dunia fana ini,
Ana lupa yang semuanya hanya pinjaman, sementara,
Ana pernah maki hamun segala nasihat,
Ana tepis sebarang dakwah,
Lantang mulut ana membidas segala macam bentuk teguran,
"Persetan korang semua!"
"Alaaa...relax ar, nanti dah tua aku tobat la beb."
"Ekeleh mamat tu, tunjuk alim la pulak sembahyang tungging tebalik, ape yg die dpt?"
"Nak harap sembahyang, boleh bagi aku duit ke?"
"Sedekah? Come on la beb, nak senang kerja sendiri la beb, ini tidak, mintak sana, mintak sini, merempat je keje. Bukankah Islam menggalakkan umatnye bekerja? Aku pun penat gak cari duit sendiri nak sara diri, xkan senang2 nak bg kat korang."
"Halwa telinga? Of coz la muzik beb. Sume aku sumbat, indie, techno, club, slow, metal, instrumental, emo, janji sedap. Music is my lifa la beb. yeah! Mane bleh duduk kalau xde muzik. Nasyid2 xmain ar. Geli. Eeee...jijik!"
"xmain ar lepak masjid beb. Lepak club ar baru chill. Get a life beb. Have fun sementare masih mude."
"Geng tabligh mai weyh!!! Kunci pintu bilik. Siot ar, kaco aku nak tido petang2 camni. xde keje lain ke dorang ni? Menyemak nak mampos!"

"Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu..." (Qur'an, 35:5)

Sesungguhnya mereka menyukai kehidupan dunia dan mereka tidak memedulikan kesudahan mereka, pada hari yang berat. (Q.S. Al Insaan, 76: 27)

“Orang-orang yang menyimpang dari kebenaran, mereka menjadi kayu api bagi neraka jahannam” (Q.S Al-Jin :15)

“Ingatlah, sesungguhnya orang-orang zalim itu berada dalam azab yang kekal” (Q.S Asy-Syuuaraa : 45)

“Dan barang siapa yang mendurhakai Allah dan rasul-Nya, maka sesungguhnya baginya neraka jahannam, mereka kekal di dalamnya”(Q.S Al-Jin : 23)

Tup-tup...pejam celik, usia makin tua...40? Come on la. It's a beginning of life. Enjoy la lagi.

50? Alaa...baru nak pencen nih. Muda lagi. Time ni la nak g holiday dengan family, lepak2 dengan mmbe2 lame, dangdut, club, golf, tenis.

60? Anak2 dah besar, dah ada cucu pun. Busy dengan family la plak. tapi dah start berjinak2 dengan surau depan umah. Alhamdulillah...Syukur byk2. Setelah puas bergelumang dengan dosa, kejar harta duniawi, dah sampai SERU dah. Masa ni nak taubat kaw2. Taubat nasuha. (Agak2 boleh ke nak terus tinggal segala arak, dadah, judi, pompuan, boleh ka tinggal semua ni sekaligus?)

*Perumpamaan ana: Dipetik dari pepatah Inggeris,
"Practice makes perfect!" Betul x?
Kalau selalu minum arak, main judi, main pompuan, lame2 terer x? Senang x nak tinggal?
Kalau hari2 ckp BI, xckp BM, lama2 mesti fasih kan ckp BI? Sampai mimpi pun dalam BI.
Kalau hari2 dengar, dangdut, muzik sana sini, agak2 kalau nak mati boleh mengucap ke? Sedangkan nak mengucap sehari sekali pun susah. Zikir apetah lagi la kan?

Dosa ana yang lepas2 macam mana?
Dosa dengan Allah? Insyaallah, kalau sungguh2 taubat, diterima.
Sebab Allah itu maha pengampun lagi maha penyayang. Amin.

Dosa dengan manusia?
Sepanjang hidup enjoy, selalu maki orang, kutuk kawan2, fitnah, ngumpat, menipu, mengata, dosa bergurau lebih2 sampai orang makan dalam & mengaibkan orang camne?
Ade mase ke nak cari dorang semua nak minta maaf?
Kat mane dorang skang ni eyh?
Yang dah mati camne?
Adeyh...sempat lagi ke?
Nak cover sembahyang yang tinggal lagi,
Nak buat amal ibadat lagi,
Sedekah jariah lagi,
Nak gi haji lagi,
Kesihatan dah makin parah.
Jantung dah xberape nak kuat, darah semakin tinggi, buah pinggang makin kong.
Dengan izin Allah,
Umur 65, malaikat maut dtg menjemput, pulang kepadaNya.

Jadi sempat ke nak COVER semua skali bila dah tua?
Praktikal ker nak guna ayat, "Alaa...dah tua nanti taubat la beb."
Camne kalau xsempat tua? Umur 23 dah chow?
Jadi guano demo kat akhirat nanti?

Ape2 hal pun, ana hanya bagi buah fikir je. Ana pun byk kekurangan yang perlu diperbaiki. Banyak sangatttttttttt! Sama2 lah kite ke arah yang benar lagi sahih. Betulkan mana yang xbetul.

So, anta sume dah taw bile nak start? Skarang atau mse tue? =)

Lu pikir la sendiri!!!
Jazakallah...