Wednesday, December 23, 2009

(ana) menulis untuk diri sendiri & berkongsi



Kepentingan Menjaga Solat???

Ana selalu dgr ada sahabat2 yg kurang arif berbicara yg bunyinya lebih kurang spt ini,

"Weyh, si budak ***** tu solat lima waktu xtinggal, tungging tebalik. Tapi buat maksiat juga. Dok ngumpat org, fitnah sana sini juga. Sia2 ja la. Baik xpayah solat."

"Baik lagi aku ni. xsolat, tp aku xbuat maksiat. Aku tolong org susah. Aku xngumpat pasal org. Tanggungjwb aku, aku tunaikan. Aku jaga hubungan aku sesama manusia."


Betul, anta mungkin seorang yg baik. Anta mungkin bertanggungjwb. Anta mungkin selalu tolong org, bg derma, xpernah buat maksiat, xpernah sakitkan hati org, fitnah org, ngumpat dan sebagainya.
Anta mungkin baik di mata manusia. Tapi dimata Allah macam mana?
Apa tujuan solat? Untuk membuktikan kepada Allah yg kita ni hamba yg baik. Yang mana lebih penting? Tunjuk baik dekat manusia atau dekat Allah?




Bukankah Rasulullah pernah bersabda yang berbunyi,
"Solat itu membezakan orang mukmin dengan kafir"
Jadi kalau seorang muslim tidak bersolat dimana kedudukannya?
Sama saja lah dgn orang2 yg tidak beriman kepada Allah.
Dimana tempatnya golongan2 yg tidak beriman ini? NERAKA la jawabnya.
Bila org tanya kepada diri kita, "Kamu mahu masuk neraka?" Nescaya ramai akan menjawab tidak sama sekali hatta diajukan soalan tersebut kpd anak kecil sekalipun.
Tiada siapa yg mahu masuk neraka, dan diseksa.
Tapi kenapa masih tiada usaha dilakukan bg mendapatkan syurga?
Usaha sekarang hanya lebih kepada manfaat duniawi semata.
Belajar sungguh2, masuk u, dapat kerja baik, kereta mewah, rumah besar, anak2 ramai, hidup bahagia.
Usaha kepada hari akhirat?
Kehidupan mana yg lebih panjang?
Hidup di dunia paling lama boleh bertahan sampai 100 tahun.
Hidup di akhirat, 1 tahun di akhirat bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. Jadi kalau 100 tahun di dunia bersamaan lebih kurang 6,000 000. Masyaallah!
Yang mana lebih lama? Yang mana kita kena usaha lebih?

Apa kaitan apa yang ana ckp ni pasal solat?
Haaa...sahabat2 sekalian dan juga kepada diri ana,
Ini sebabnya,



Hadith :

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya amal yang mula-mula sekali dihisab pada hari kiamat ialah sembahyang (solat) seseorang, jika sembahyangnya diterima maka sesungguhnya beruntunglah dan berjayalah ia, dan jika sembahyangnya tidak diterima maka kecewa dan rugilah ia. Sekiranya terkurang dari sembahyang fardhunya sesuatu, Allah berfirman:” Periksalah, adakah hamba-Ku itu mempunyai sembahyang-sembahyang sunat untuk dicukupkan dengannya apa yang terkurang dari sembahyang fardunya?” Demikianlah keadaan amal-amalnya yang lain. ”


Amalan pertama yg dihisab adalah solat, jika solatnya diterima, maka amalan yg lain akan dihisab. Tetapi jika solatnya ditolak . Segala amalannya juga akan di tolak. Tiada guna segala sedekah, kebajikan dan lain2.


Maka, perhatikanlah solat kita. Adakah solat kita dapat mencegah kita dari melakukan perkara2 fasya’ dan mungkar ??? Tepuk dada tanya iman.


Anta fikirlah sendiri!!!

No comments:

Post a Comment